Tuesday, May 10, 2011

:: 100511 ::

Salam..

Baru hari nie aku terdetik nak update blog.. Ya Allah hampir setahun lebih aku menyepi!! Banyak sebab..dan kesibukan aku dgn tugasan di tempat kerja baru (baru ke??sedangkan aku dah jadi warga Edarian hampir setahun lebih) membatasi segalanya. Rindu pula aku nak mencoret semula dlm blog usang aku ni..

2011 menjanjikan kebahagiaan & kesempurnaan dalam hidupku. Rentetan hidup aku di tahun 2010 turut ada suka dan dukanya! Alhamdulillah aku berjaya mengharungi pahit getir dalam kehidupan dgn 1001 ketabahan. Sayangnya..aku tak mempunyai kesempatan utk mencoret semua kisah hidupku dari 2010 sehingga ke hari ini. Terlalu banyak memori..ada yang masih ku ingat hingga hari ni & ada yang sudah aku lupa.. Haha! Ampun..aku hanya manusia biasa!

Insyaallah ada kelapangan lagi aku akan cuba mencoret lagi..

Saturday, March 27, 2010

:: 270310 ::

dah baik dari demam yang yang sangat scary taw!
tak penah penah la amik MC sbb demam.. kali ni terkantoi jugak!
demam yang berlarutan dah seminggu lebih.. alhamdulillah dah pulih ckit!

tgk tarikh entry minggu.. terkejut taw.. lama sy menyepi diri kan? tak gi memana pun.. mcm mcm yang berlaku pd sy sejak dua menjak nih.. ada suka dan duka! tapi takpe itu namanya dugaan hidup.. so, sy kena tabah utk menghadapinya..

22hb mac.. tarikh akhir sy bertugas di TM.. sayu ati nak tinggalkan kengkawan & meja kat office tu.. byk kenangan! tapi life goes on.. sy cuba utk menerima perubahan yang baik dlm kehidupan sy.. kena maju kehadapan utk kehidupan di masa depan..

syukur alhamdulillah.. akhirnya sy diterima bekerja di Proton Edar berkuatkuasa pd 1st mac.. cabaran baru ditempat baru..persekitaran baru..job description pun baru! pening jugak memula.. nak blaja pasal automobil nih.. even kereta sy sendiri pun abah yang anta service! xtau langsung pasal kereta nih!

sekarang sy masih dalam tempoh 'berpantang'.. utk sebulan (maybe..).. insyaallah, graduate je 8hb nie sy kena prepare nak 'balik' semula ke kamunting... diulangi semula KAMUNTING! syukur sgt sbb sy dpt posting kat hometown sy.. dekat dgn aiman! apa yang sy doakan selama ni termakbul.. doa sy nak sentiasa dekat dengan anak kesayangan sy..bila berjauhan tu terasa kerinduan! tahun depan, tahun persekolahan aiman.. mmg sy berharap sgt sy berada dkt dgn dia bila dia bersekolah nanti.. senang nak observe pembelajaran dia nanti..

so.. ada 2 minggu lagi nak survive kat sini.. sy tak sabar sgt nak balik! cepatla masa berlalu!

Monday, February 15, 2010

:: 150210 ::

dah sebulan lebih jugak ye aku tak berkarya dalam blog aku.. maafla mungkin sebab kesuntukan masa & ketandusan idea membuatkan aku semacam takde mood nak menjengah ke blog kesayangan aku nih..

anyway.. perkhabaran baik sentiasa berlegar² dalam kehidupan aku untuk bulan february nih..alhamdulillah semoga berkekalan keadaan seperti ini hendaknya..!

insyaallah.. ini merupakan bulan terakhir untuk aku berbakti di TM.. setelah 2 tahun aku berkhidmat di sini.. mcm² benda yang aku pelajari. pahit manis kenangan di TMCC tak mungkin aku lupakan.. terutamanya sahabat² yang sentiasa berada disampingku ketika disaat susah & senang.. berat jugak hati nak meninggalkan kenangan & teman² di sini.. tapi apakan daya, mahu ataupun tidak aku terpaksa demi masa depan.

bulan depan menjanjikan satu cabaran & kenangan baru yang bakal aku tempuhi.. risau juga mcm mana dgn environment & teman baru di tempat baru kan?? insyaallah, semoga Allah sentiasa mempermudahkan kehidupanku di sana nanti..

untuk adikku ezza.. tahniah di atas kelahiran orang baru pada 060210.. semoga kehadiran ZIA SAFFIYA ADI AFFENDI menjanjikan kebahagian + rezeki di masa hadapan.. lots of love sis!

Monday, January 4, 2010

:: 040110 ::

arini hari yang keempat aku gi jogging dengan abah kat taman tasik taiping.. hehe! gigih sangat nak kurangkan berat badan lagi.. jadi seronok pulak bila dah kerap berjogging.. dulu aku heran gak napela abah suka sangat berjogging.. bila aku dah tahu nikmat berjogging ni.. rasa syg pulak nak tinggalkan even sehari pun! cik & aiman pun join sekali..

hari ni sepatutnya aku keje.. tapi aku apply AL sebab ada urusan berkaitan dengan loan ASB yang aku amik bulan jun aritu.. ujung tahun kan?? nak collect dividen la..ape lagi!! besides nak collect dividen aku nak amik loan ASB lagi.. memula ingat nak amik dalam 10 riban jer.. fikir punyer fikir.. last² aku amik lagi 20 riban.. hopefully aku mampu nak bayar monthly.. sbb fikirkan keuntungan masa depan aku & aiman jugak.. kalau aku sorang mungkin aku tak fikir sejauh ni lagi kot..

malam ni nak kena balik ke KL balik.. tak syiok!

Friday, January 1, 2010

:: 010110 ::


selamat tahun baru 2010! celebrate new year kat dalam tren je la.. huk huk!

azam utk tahun ni.. ape eh??
1. nak jadi orang yang soleh
2. nak simpan duit byk²
3. nak maintain berat badan
4. nak keje elok²
5. nak jaga aiman bebaik
6. plan nak cari keje lain pulak..huk huk!

boleh ke ekk??